|
Mastercard International Incorporated dan gabungannya (bersama "Mastercard", "we", "kami”, or “kita", atau "milik kami") menghormati privasi anda. Notis Privasi Mastercard Click to Pay ini ("Notis Privasi") terpakai untuk perkhidmatan Mastercard Click to Pay seperti yang diterangkan di bawah. Kami mengesyorkan supaya anda membaca notis ini bersama dengan Notis Privasi Global Mastercard dan Notis Penipuan & Keselamatan. Perkhidmatan Click to Pay kami sekarang ialah laman web Click to Pay dan profil pembayaran Click to Pay yang anda boleh wujudkan (secara kolektif, “Perkhidmatan”). Dibangunkan oleh Mastercard dan dibina berdasarkan standard industri pembayaran global. Click to Pay direka untuk mencipta pengalaman pembayaran dalam talian yang menawarkan keselamatan, kemudahan dan kawalan. Click to Pay merupakan kaedah pembayaran Mastercard yang lebih pantas dan lebih bijak untuk membayar dalam talian – tiada lagi kata laluan untuk diingati atau akaun untuk diwujudkan. Untuk syarat privasi data khusus negara, sila lihat lampiran (Lampiran – Khusus Negara) pada penghujung Notis Privasi ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, klik salah satu pautan di bawah untuk melompat ke bahagian yang disenaraikan: |
Notis Privasi ini menerangkan jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan berkaitan dengan Perkhidmatan, tujuan kami mengumpulkan Maklumat Peribadi itu, pihak lain dengan siapa yang boleh kami kongsikan dan langkah yang kami ambil untuk melindungi keselamatan data. Ia juga memberitahu anda tentang hak dan pilihan anda berkenaan dengan Maklumat Peribadi anda, dan bagaimana anda boleh menghubungi kami tentang amalan privasi kami.
"Maklumat Peribadi" bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan dengan individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti. Kami boleh mengumpulkan Maklumat Peribadi berkaitan dengan Perkhidmatan, termasuk ketika anda mendaftar akaun, mewujudkan profil pembayaran anda, menggunakan Perkhidmatan, atau menyertai program pemasaran kami. Kami boleh mengumpulkan maklumat tentang anda secara langsung daripada anda atau, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, daripada pihak ketiga seperti pembekal perkhidmatan kami, rakan pemasaran dan rakan kongsi perniagaan, institusi kewangan, pedagang, dan peserta Click to Pay yang lain (seperti jenama kad pembayaran yang lain).
Kami boleh mengumpulkan kategori Maklumat Peribadi yang berikut, dalam setiap kes biasanya setakat pengumpulan yang sedemikian dibenarkan untuk tujuan masing-masing mengikut undang-undang perlindungan data yang terpakai, termasuk mendapatkan persetujuan anda jika dikehendaki di bawah undang-undang:
Anda juga boleh memilih untuk memberi maklumat lain, seperti kandungan yang pelbagai jenis (cth. gambar, artikel dan komen), maklumat hubungan rakan atau orang lain yang anda ingin kami hubungi, kandungan yang anda jadikan tersedia melalui akaun media sosial atau keahlian dengan pihak ketiga, atau maklumat lain yang ingin anda kongsikan dengan kami. Anda mesti memberitahu orang-orang tersebut bahawa anda telah memberikan maklumat mereka kepada Mastercard dan Mastercard menyimpan dan menggunakan maklumat mereka untuk tujuan yang mana anda berikan maklumat tersebut mengikut cara yang ditetapkan dalam Notis Privasi ini. Anda mungkin ingin berkongsi Notis Privasi ini dengan mereka.
Kami boleh mengumpulkan, secara langsung atau melalui pembekal perkhidmatan dan rakan kongsi kami, maklumat tertentu tentang anda melalui cara automatik seperti kuki, skrip dan suar web ketika anda berinteraksi dengan Perkhidmatan, mengunjungi laman web atau iklan, halaman atau aset digital kami yang lain. Jika anda menetap di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) atau negara lain yang memerlukan persetujuan nyata untuk penggunaan jenis kuki tertentu dan teknologi serupa dan/atau maklumat yang diperoleh melalui penggunaan kuki atau teknologi serupa, kami akan mematuhi keperluan persetujuan tersebut.
Berikut merupakan beberapa contoh maklumat yang dikumpulkan melalui laman web kami dan penerangan tentang bagaimana maklumat ini digunakan.
Maklumat yang boleh kami kumpulkan dengan cara ini setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai mungkin termasuk: alamat IP, jenis pelayar, jenis sistem operasi dan nombor versi, pengenal peranti, resolusi skrin dan kedalaman warna, tetapan zon waktu, kawasan geografi, URL rujukan, pelanjutan pelayar dan pemalam yang dipasang di pelayar dan versinya, fon yang dipasang pada peranti anda dan data lain yang serupa. Ini juga boleh merangkumi maklumat tentang tindakan yang diambil atau interaksi dengan aset digital kami, seperti halaman atau skrin yang anda lihat, berapa lama anda habiskan masa di suatu halaman atau skrin, laluan navigasi antara halaman atau skrin, maklumat tentang aktiviti anda di halaman atau skrin, seperti maklumat tentang pergerakan tetikus, tatal dan ketukan kekunci anda, dan, jika berkenaan, maklumat daripada meter pecutan peranti anda, masa akses, dan panjang akses. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, kami boleh mengumpulkan jenis maklumat ini dari masa ke masa dan merentasi laman web pihak ketiga dan aplikasi mudah alih yang terlibat dalam penggunaan Perkhidmatan oleh anda. Kami menggunakan maklumat ini untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk menambah baikkan produk dan perkhidmatan kami, untuk pencegahan penipuan dan untuk melindungi daripada transaksi tanpa kebenaran, seperti yang dijelaskan lebih lanjut dalam Notis Penipuan & Keselamatan dan dalam bahagian “Bagaimana Kami Boleh Menggunakan Maklumat Peribadi Anda” di bawah.
Kami boleh menggunakan perkhidmatan analisis web pihak ketiga, di laman web kami. Pembekal analisis yang mentadbir perkhidmatan ini menggunakan teknologi seperti kuki dan suar web untuk membantu kami menganalisis bagaimana pelawat menggunakan laman web kami.
Sila lihat bahagian "Pilihan Anda" Notis Privasi ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan anda.
Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan berikut dan sebagaimana yang dinyatakan sebaliknya dalam Notis Privasi.
Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang kami peroleh tentang anda untuk tujuan yang ditetapkan di bawah. Bergantung pada negara yang mana anda berada, kami hanya akan memproses Maklumat Peribadi anda mengikut undang-undang yang terpakai dan dengan ketelusan dan keadilan apabila kami mempunyai asas undang-undang untuk pemprosesan seperti yang disenaraikan di bawah:
Aktiviti pemprosesan |
Asas Undang-Undang untuk Pemprosesan (jika dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai) |
|
|
|
|
|
Semasa kami memproses Maklumat Peribadi untuk pencegahan penipuan, kami mungkin bertindak sebagai pengawal atau sebagai pemproses. Apabila kami bertindak sebagai pengawal, kami bergantung pada salah satu alasan undang-undang berikut:
Untuk maklumat lebih lanjut tentang aktiviti pencegahan dan pemantauan penipuan kami, sila lihat Notis Penipuan & Keselamatan kami. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai, kami telah melakukan ujian pengimbangan untuk pemprosesan data berdasarkan kepentingan sah kami atau pihak ketiga untuk memastikan bahawa kepentingan sah tersebut tidak ditindih oleh kepentingan, hak asasi atau kebebasan anda. Untuk maklumat lebih lanjut tentang ujian pengimbangan kami, anda boleh menghubungi kami seperti yang diterangkan dalam bahagian " Bagaimana Menghubungi Kami" di bawah.
Kami tidak akan menundukkan anda kepada suatu keputusan yang berdasarkan semata-mata pada pemprosesan automatik yang menghasilkan kesan undang-undang yang berkaitan dengan anda atau yang sarupa memberi kesan ketara kepada anda, melainkan anda bersetuju secara nyata dengan pemprosesan itu, pemprosesan itu diperlukan untuk membuat, atau melaksanakan suatu kontrak antara anda dan Mastercard, atau ketika kami dikehendaki secara sah untuk menggunakan Maklumat Peribadi anda dengan cara ini, misalnya untuk mencegah penipuan.
Sekiranya anda memberikan kami maklumat atau bahan yang berkaitan dengan individu lain, anda mesti memastikan bahawa perkongsian dengan kami dan penggunaan kami yang selanjutnya seperti yang diterangkan kepada anda dari semasa ke semasa selaras dengan undang-undang yang terpakai, jadi misalnya, anda harus memaklumkan individu tersebut tentang pemprosesan Maklumat Peribadinya dan mendapatkan persetujuannya, sepertimana yang dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.
Kami tidak menjual Maklumat Peribadi anda seperti yang ditentukan oleh Akta Perlindungan Pengguna California 2018 atau mendedahkan Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda, kecuali seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini atau seperti yang didedahkan kepada anda pada masa pengumpulan data. Kami boleh berkongsi Maklumat Peribadi dengan pihak berikut, dalam setiap kes biasanya hanya mengikut undang-undang perlindungan data yang terpakai, termasuk mendapatkan persetujuan anda jika dikehendaki di bawah undang-undang:
Bergantung pada negara anda, anda boleh mempunyai hak atau pilihan untuk:
Hak tersebut mungkin terhad dalam sesetengah situasi – sebagai contoh, apabila kami boleh menunjukkan bahawa kami mempunyai keperluan undang-undang untuk memproses Maklumat Peribadi anda. Dalam sesetengah keadaan, ini mungkin bermakna kami boleh mengekalkan data walaupun anda menarik balik persetujuan anda.
Apabila Mastercard memerlukan Maklumat Peribadi untuk mematuhi obligasi undang-undang atau kontrak, pemberian maklumat tersebut adalah wajib. Jika data sedemikian tidak diberikan, Mastercard tidak akan dapat menguruskan perhubungan urusan, atau untuk memenuhi obligasi yang diletakkan padanya. Dalam kes lain, pemberian Maklumat Peribadi yang diminta adalah pilihan.
Anda boleh melaksanakan hak anda di portal “Pusat Data Saya” Mastercard atau Anda juga boleh mengemukakan permintaan seperti yang diterangkan dalam bahagian “Bagaimana Menghubungi Kami” di bawah.
Anda mempunyai hak tertentu dan kami menawarkan anda pilihan tertentu tentang apa Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan daripada anda, bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut, dan bagaimana kami berkomunikasi dengan anda. Kami tidak akan menafikan, mengenakan harga yang berbeza untuk, atau memberikan tahap kualiti barang atau perkhidmatan yang berlainan jika anda memilih untuk melaksanakan hak ini, kecuali jika harga atau tahap barang atau perkhidmatan yang berlainan berkaitan dengan nilai data yang kami terima daripada anda; namun, kami tidak mengawal amalan pedagang dalam hal ini. Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin tidak dapat memberi anda barangan atau perkhidmatan yang anda minta jika anda memilih untuk melaksanakan hak tertentu.
Anda boleh pilih:
Untuk mengelakkan keraguan, pilihan untuk memilih keluar daripada aktiviti pemprosesan yang dinyatakan di atas tidak bermakna kami menjalankan aktiviti masing-masing tanpa persetujuan anda jika persetujuan sedemikian dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.
Oleh sebab belum ada lagi konsensus bagaimana syarikat perlu bertindak balas terhadap mekanisme jangan-menjejak ("DNT") berasaskan-pelayar web, Mastercard tidak akan bertindak balas terhadap isyarat DNT berasaskan-pelayar web pada masa ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang isyarat penjejakan pelayar dan DNT, layarihttp://www.allaboutdnt.com.
Bergantung pada mana anda berada (seperti Kanada, California, Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), Switzerland atau Brazil) anda mungkin mempunyai hak untuk:
Hak tersebut mungkin terhad dalam sesetengah keadaan oleh keperluan undang-undang tempatan - – sebagai contoh, di mana kami boleh menunjukkan bahawa kami mempunyai keperluan undang-undang untuk memproses Maklumat Peribadi anda. Dalam sesetengah keadaan, ini mungkin bermakna kami boleh mengekalkan data walaupun anda menarik balik persetujuan anda.
Apabila Mastercard memerlukan Maklumat Peribadi untuk mematuhi obligasi undang-undang atau kontrak, pemberian maklumat tersebut adalah wajib. Jika data sedemikian tidak diberikan, Mastercard tidak akan dapat menguruskan perhubungan urusan, atau untuk memenuhi obligasi yang diletakkan padanya. Dalam kes lain, pemberian Maklumat Peribadi yang diminta adalah pilihan.
Sekiranya kami tidak memenuhi harapan anda dalam memproses Maklumat Peribadi anda atau anda ingin membuat aduan tentang amalan privasi kami, sila beritahu kami kerana ia memberi kami peluang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Untuk membantu kami dalam memberi maklum balas kepada permintaan anda, sila berikan maklumat lengkap tentang masalah tersebut. Kami berusaha untuk mengkaji dan memberikan maklum balas kepada semua aduan dalam masa yang munasabah dan seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.
Untuk mengemas kini keutamaan anda, minta kami mengeluarkan maklumat anda daripada senarai mel kami atau mengemukakan permintaan untuk melaksanakan hak anda di bawah undang-undang yang terpakai, hubungi kami seperti yang dinyatakan dalam bahagian "Bagaimana Menghubungi Kami" di bawah. Kami telah membangunkan portal "My Data Center" Mastercard untuk memudahkan pelaksanaan hak anda. Anda juga boleh memilih keluar daripada pemprosesan tertentu Maklumat Peribadi anda, cth melalui halaman web pilih keluar kami.
Mastercard merupakan suatu perniagaan global. Kami boleh memindahkan Maklumat Peribadi anda ke Amerika Syarikat dan negara lain yang mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama seperti negara di mana anda memberikan maklumat tersebut pada mulanya, tetapi kami akan melindungi Maklumat Peribadi anda mengikut Notis Privasi ini, seperti yang didedahkan kepada anda pada masa pengumpulan data.
Dalam kes pemindahan sedemikian, jika anda berada di EEA, kami akan memproses Maklumat Peribadi anda mengikut Peraturan Korporat Mengikat (“BCR”) kami dan mekanisme pemindahan data lain yang sesuai seperti Klausa Kontrak Standard Suruhanjaya Eropah untuk memastikan suatu tahap perlindungan Maklumat Peribadi anda yang mencukupi. Anda boleh menghubungi kami seperti yang dinyatakan dalam bahagian "Bagaimana Menghubungi Kami" di bawah untuk mendapatkan salinan perlindungan yang kami gunakan untuk memindahkan Maklumat Peribadi di luar EEA.
Amalan privasi Mastercard, yang diterangkan dalam Notis Privasi Global ini, mematuhi Sistem Peraturan Privasi Merentas Sempadan APEC ("CBPR"). Sistem APEC CBPR memberikan suatu rangka kerja bagi organisasi untuk memastikan perlindungan Maklumat Peribadi yang dipindahkan di kalangan ekonomi APEC yang mengambil bahagian. Maklumat lebih lanjut tentang rangka kerja APEC boleh didapati di sini.
Mastercard merupakan suatu perniagaan global. Kami boleh memindahkan Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan tentang anda kepada penerima di negara-negara selain daripada negara anda, termasuk Amerika Syarikat, di mana kami beribu pejabat. Negara-negara ini mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama seperti negara di mana anda memberikan maklumat pada mulanya dan mungkin memberikan mekanisme rekursa yang lebih terhad, termasuk hak perlindungan data yang berbeza atau kadangkala, lebih lemah. Apabila kami memindahkan Maklumat Peribadi anda ke negara lain, kami akan melindungi maklumat seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini, seperti yang didedahkan kepada anda pada masa pengumpulan data.
Kami mematuhi keperluan undang-undang yang terpaka yang memberikan perlindungan yang mencukupi bagi pemindahan Maklumat Peribadi ke negara-negara selain daripada yang mana anda berada. Khususnya, kami telah menubuhkan dan melaksanakan satu set BCR yang telah diiktiraf oleh pihak berkuasa perlindungan data EEA sebagai memberikan tahap perlindungan yang mencukupi kepada Maklumat Peribadi yang kami proses secara global. Salinan BCR kami boleh didapati disiniKami juga boleh memindahkan Maklumat Peribadi ke negara-negara yang mana keputusan kecukupan telah dikeluarkan, menggunakan perlindungan kontrak bagi pemindahan Maklumat Peribadi kepada pihak ketiga, seperti Klausa Kontrak Standard Suruhanjaya Eropah atau yang setaraf dengannya di bawah undang-undang yang terpakai. Anda boleh menghubungi kami seperti yang dinyatakan dalam bahagian "Bagaimana Menghubungi Kami" di bawah untuk mendapatkan salinan perlindungan yang kami gunakan untuk memindahkan Maklumat Peribadi di luar EEA.
Amalan privasi Mastercard, yang diterangkan dalam Notis Privasi Global ini, mematuhi sistem APEC CBPR. Sistem APEC CBPR memberikan suatu rangka kerja bagi organisasi untuk memastikan perlindungan maklumat peribadi yang dipindahkan di kalangan ekonomi APEC yang mengambil bahagian. Maklumat lebih lanjut tentang rangka kerja APEC boleh didapati disini.
Kami mengekalkan perlindungan keselamatan yang sesuai dan telah melaksanakan langkah teknikal dan organisasi yang mantap untuk melindungi Maklumat Peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan, akses tanpa kebenaran, pendedahan, pengubahan atau pemusnahan menggunakan teknologi terkini.
Keselamatan Maklumat Peribadi anda adalah penting untuk Mastercard. Kami komited untuk melindungi maklumat yang kami kumpulkan. Kami mengekalkan perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang munasabah yang dirancang untuk melindungi Maklumat Peribadi yang anda berikan, atau yang kami kumpulkan, daripada kemusnahan, kehilangan, perubahan, akses, pendedahan atau penggunaan yang tidak disengajakan, tidak sah atau tanpa kebenaran.
Kami menggunakan enkripsi SSL di beberapa laman web kami dari mana kami memindahkan Maklumat Peribadi tertentu.
Sila faham, bagaimanapun, bahawa tiada penghantaran data melalui Internet boleh dijamin 100% selamat. Akibatnya, sementara kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi Maklumat Peribadi anda, kami tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan sebarang Maklumat Peribadi yang anda hantar kepada kami dan anda memahami bahawa sebarang Maklumat Peribadi yang anda pindahkan kepada Mastercard adalah dilakukan atas risiko anda sendiri. Kami menggunakan tembok api untuk melindungi maklumat anda daripada akses, pendedahan, pengubahan atau pemusnahan tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa ini bukan jaminan bahawa maklumat tersebut tidak boleh diakses, didedahkan, diubah atau dimusnahkan oleh pelanggaran tembok api dan perisian pelayan selamat.
Kami tidak akan meminta anda untuk maklumat akaun anda dalam sebarang komunikasi yang tidak diminta (termasuk surat-menyurat yang tidak diminta, seperti surat, panggilan telefon atau mesej e-mel). Sekiranya anda mempercayai bahawa akaun anda telah dikompromi, hubungi kami seperti yang dinyatakan di bahagian "Bagaimana Menghubungi Kami" di bawah.
Kami akan menyimpan Maklumat Peribadi anda selama yang diperlukan untuk memberikan produk dan perkhidmatan yang anda minta dan akan mengambil langkah untuk memadamkan Maklumat Peribadi anda atau menyimpannya dalam bentuk yang tidak membenarkan mengenal pasti anda apabila maklumat ini tidak lagi dikehendaki untuk tujuan yang mana kami memprosesnya, kecuali kami dikehendaki oleh undang-undang untuk menyimpan maklumat ini untuk tempoh yang lebih lama. Semasa menentukan tempoh penyimpanan, kami mengambil kira pelbagai kriteria, seperti jenis produk dan perkhidmatan yang diminta oleh atau diberikan kepada anda, sifat dan panjang perhubungan kami dengan anda, kemungkinan pendaftaran semula dengan produk atau perkhidmatan kami, kesan ke atas perkhidmatan yang kami berikan kepada anda sekiranya kami memadamkan sesetengah maklumat daripada atau tentang anda, tempoh penyimpanan wajib yang disediakan oleh undang-undang dan undang-undang had.
Selepas itu, kami boleh menyimpan data bagi tempoh yang sesuai untuk melindungi diri kami daripada tuntutan undang-undang, untuk mentadbir perniagaan kami atau setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, yang mana menghendaki kami menyimpan Maklumat Peribadi anda untuk tempoh tertentu. Kami akan memadamkan Maklumat Peribadi anda apabila anda menarik balik kebenaran anda, jika tiada alasan undang-undang lain untuk pemprosesan selanjutnya (cth., suatu obligasi berkanun untuk menyimpan Maklumat Peribadi anda), atau apabila anda membantah pemprosesan mengikut bahagian "Pilihan Anda” (lihat di atas) atau apabila kami diwajibkan untuk memadamkannya mengikut suatu obligasi di bawah undang-undang yang terpakai. Untuk maklumat lanjut tentang pendekatan kami terhadap penyimpanan data, sila tanya privacyanddataprotection@mastercard.com.
Laman web kami mungkin termasuk pautan ke laman web pihak ketiga yang lain, alatan media sosial, widget atau pemalam, membenarkan perkongsian kandungan web termasuk alamat IP, dengan pihak ketiga dan pembekal media sosial, dalam setiap kes biasanya hanya mengikut undang-undang perlindungan data yang terpakai (termasuk mendapatkan persetujuan anda jika dikehendaki di bawah undang-undang). Sebarang akses ke dan penggunaan laman web yang dipautkan sedemikian adalah tidak dikawal oleh Notis Privasi ini tetapi sebaliknya dikawal oleh dasar privasi pihak ketiga tersebut. Kami tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi atau kandungan laman web yang lain ini.
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang perlindungan data yang terpakai (termasuk mendapatkan persetujuan anda jika dikehendaki di bawah undang-undang), pembekal media sosial boleh mengetahui tentang pelayaran anda walaupun anda tidak log masuk ke akaun media sosial anda atau jika anda tidak mempunyai akaun dengan mereka. Setakat mana-mana laman web atau ciri yang dipautkan yang anda layari atau gunakan tidak dimiliki atau dikendalikan oleh Mastercard, kami mencadangkan agar anda menyemak semula notis atau dasar privasi mereka sendiri.
Laman web kami mungkin menyediakan pautan ke laman web lain untuk kemudahan dan maklumat anda. Sebarang akses ke dan penggunaan laman web yang dipautkan sedemikian adalah tidak dikawal oleh Notis Privasi ini tetapi sebaliknya dikawal oleh dasar privasi pihak ketiga tersebut. Kami tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi atau kandungan laman web yang lain ini.
Laman web kami juga mungkin mengandungi ciri tertentu yang mana kami bekerjasama dengan entiti lain, dalam setiap kes hanya mengikut undang-undang perlindungan data yang terpakai (termasuk mendapatkan persetujuan anda jika dikehendaki di bawah undang-undang). Entiti ini boleh mengetahui, tertakluk kepada undang-undang tempatan, tentang layaran anda tanpa mengira sama ada anda menggunakan ciri ini: Sebagai contohnya, anda mungkin "menyukai" sesuatu tawaran melalui akaun Facebook anda atau "tweet" sesuatu tawaran menggunakan Twitter. Apabila anda melayari laman web dengan butang media sosial, pelayar anda boleh mewujudkan suatu sambungan langsung ke pembekal media sosial tersebut, dan data tentang layaran anda, termasuk alamat IP, mungkin dipindahkan kepada pembekal media sosial. Sekiranya anda mempunyai akaun dengan pembekal media sosial, pembekal tersebut boleh menghubungkan layaran anda ke akaun anda, walaupun anda tidak log masuk ke akaun ini. Kami tidak akan menjalankan aktiviti sedemikian tanpa persetujuan anda jika persetujuan sedemikian dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.
Anda juga boleh memilih untuk menggunakan ciri tertentu di laman web kami yang boleh diakses melalui, atau yang mana kami bekerjasama, dengan entiti lain yang tidak sebaliknya bergabung dengan Mastercard. Juga, pelayar anda mungkin dikonfigurasi untuk mengumpulkan, menyimpan dan mengisi secara automatik maklumat pembayaran yang anda berikan kepada laman web dan dalam sesetengah kes mungkin diselaraskan dengan profil dalam talian yang berkaitan. Laman web dan ciri ini, yang mana mungkin merangkumi rangkaian sosial dan alat geo-lokasi, beroperasi secara bebas daripada Mastercard, dan dikenal pasti sebegitu dengan jelas. Mereka tidak semestinya berkongsi dasar yang sama dengan Mastercard tentang perlindungan privasi. Setakat mana-mana laman web atau ciri yang dipautkan yang anda layari atau gunakan tidak dimiliki atau dikendalikan oleh Mastercard, kami mencadangkan agar anda menyemak semula amalan privasi laman web tersebut dan merujuk kepada tetapan akaun media sosial anda jika anda ingin menyahaktifkan ciri tertentu.
Produk dan perkhidmatan Mastercard tidak ditujukan kepada, mahupun ditujukan untuk, kanak-kanak di bawah usia 16 tahun.
Mastercard tidak mengumpulkan, mengekalkan, atau menggunakan secara sedar Maklumat Peribadi daripada kanak-kanak di bawah 16 tahun, dan tiada bahagian produk dan perkhidmatan kami yang ditujukan kepada kanak-kanak.
Sekiranya anda mengetahui bahawa sesuatu kanak-kanak telah memberikan kami Maklumat Peribadi dalam melanggar Notis Privasi ini, maka anda boleh memaklumkan kami di privacyanddataprotection@mastercard.com.
Notis Privasi ini boleh dikemas kini secara berkala untuk mencerminkan perubahan dalam amalan privasi kami.
Notis Privasi ini boleh dikemas kini secara berkala untuk mencerminkan perubahan dalam amalan Maklumat Peribadi kami. Apabila kami berbuat demikian, kami juga akan menyemak semula "tarikh berkuatkuasa" di bahagian atas Notis Privasi ini. Apabila kami membuat sebarang perubahan material kepada Notis Privasi ini, jika dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai, kami akan menyiarkan suatu notis yang menonjol di laman web kami dengan secukupnya terlebih dulu untuk memberitahu anda perubahan kepada Notis Privasi kami dengan menunjukkan di bahagian atas notis bila ia dikemas kini baru-baru ini. Kami juga mungkin memberitahu anda tentang kemas kini dengan menghantar suatu notis ke alamat e-mel utama yang dinyatakan dalam akaun anda atau mekanisme lain yang sesuai seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai supaya anda mempunyai peluang untuk melaksanakan hak anda.
Dalam keadaan tertentu, setakat yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, kami boleh meminta persetujuan anda. Walau bagaimanapun, sila sentiasa ingat bahawa kami tidak akan meminta butiran akaun anda dalam sebarang komunikasi tanpa diminta (termasuk surat-menyurat tanpa diminta, seperti surat, panggilan telefon atau mesej e-mel). Jika anda mempercayai bahawa akaun anda telah dikomprom, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan dalam bahagian "Bagaimana Menghubungi Kami" di bawah.
Anda boleh mengemukakan permintaan anda untuk melaksanakan hak anda untuk Maklumat Peribadi anda di portal "My Data Center " Mastercard, atau menghantar e-mel kepada kami di: privacyanddataprotection@mastercard.com.
Anda boleh mengemukakan permintaan anda untuk melaksanakan hak anda untuk Maklumat Peribadi anda di portal "My Data Center" Mastercard, atau e-mel kepada kami di: privacyanddataprotection@mastercard.com.
Di samping itu, jika anda berada di Kanada atau Amerika Syarikat, Mastercard International Incorporated adalah entiti yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan Maklumat Peribadi anda. Anda boleh menulis kepada kami di:
Global Privacy Officer
Mastercard International Incorporated
2000 Purchase Street
Purchase, New York 10577
Sekiranya anda berada di UK, EEA atau Switzerland, Mastercard Europe SA adalah pengawal data dan entiti yang bertanggungjawab untuk memproses Maklumat Peribadi anda. Anda boleh menulis kepada kami di:
EEA Data Protection Officer
Mastercard Europe SA
Chaussée de Tervuren 198A
B-1410 Waterloo
Belgium
Sekiranya anda berada di Brazil, Mastercard Brasil Soluções de Pagamento Ltda. adalah entiti yang bertanggungjawab untuk memproses Maklumat Peribadi anda. Anda boleh menulis kepada kami di:
Brazil Data Protection Officer
Mastercard Brasil Soluções de Pagamento Ltda.
Avenida das Nações Unidas, 14.171, 20º andar, Crystal Tower
São Paulo/SP
Brasil
CEP 04794-000
Sekiranya anda berada di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Mastercard Asia/Pacific Pte Ltd adalah entiti yang bertanggungjawab untuk memproses Maklumat Peribadi anda. Anda boleh menulis kepada kami di:
Data Protection Officer
Mastercard Asia/Pacific Pte. Ltd.
3 Fraser Street DUO Tower
Level 17
Singapore 189352
Untuk pertanyaan tentang kad Mastercard anda dan pembelian anda, anda harus menghubungi institusi kewangan atau peniaga anda. Maklumat lebih lanjut tentang bagaimana menghubungi mereka boleh didapati di laman web masing-masing.